7 Fakta menarik mengenai gigi manusia
- Setiap satu set lengkap gigi manusia, terdapat empat jenis gigi iaitu gigi kacip (Incisors), gigi taring (Canines), gigi geraham kecil (Premolar) dan gigi geraham besar (Molar).
- Manusia normal mempunyai dua set gigi iaitu gigi susu untuk kanak-kanak dan gigi kekal untuk orang dewasa.
- Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.
- Pada kebiasaannya kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka apabila mencecah umur 6 tahun.
- Jumlah gigi kekal pada orang dewasa adalah sebanyak 32 batang.
- Selain daripada berfungsi sebagai penguyah makanan gigi juga turut digunakan untuk membantu menghasilkan bunyi @ percakapan.
- Kanak-kanak hanya mempunyai 20 batang gigi sahaja dan gigi pertama yang akan tumbuh adalah ketika mereka berumur 6 bulan.
- Gigi Seri (Incisors) - Gigi depan berbentuk tirus dan tajam yang berfungsi untuk mengigit dan memotong makanan.
- Gigi Taring (Canines) - Gigi runcing dan tajam, digunakan untuk mengoyak makanan.
- Gigi Geraham Kecil (Premolar) - Gigi yang lebar, digunakan untuk menghancurkan makanan
- Gigi Geraham Besar (Molar) - Gigi yang lebih lebar dari premolar dengan empat kucup, digunakan untuk menghancur dan menguyah makanan.
![]() |
Susunan Gigi Manusia |
![]() |
Potongan Gigi Molar |
Sekian dulu perkongsian Ilmu, ;) ;) ;)