September 16, 2013

Kenali Gigi Anda

Gigi amat penting di dalam kehidupan seharian kita.. 3 fungsi utama gigi kepada kehidupan manusia iaitu untuk makan, kecantikan dan bercakap..

7 Fakta menarik mengenai gigi manusia
  1. Setiap satu set lengkap gigi manusia, terdapat empat jenis gigi iaitu gigi kacip (Incisors), gigi taring (Canines), gigi geraham kecil (Premolar) dan gigi geraham besar (Molar).
  2. Manusia normal mempunyai dua set gigi iaitu gigi susu untuk kanak-kanak dan gigi kekal untuk orang dewasa.
  3. Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.
  4. Pada kebiasaannya kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka apabila mencecah umur 6 tahun.
  5. Jumlah gigi kekal pada orang dewasa adalah sebanyak 32 batang.
  6. Selain daripada berfungsi sebagai penguyah makanan gigi juga turut digunakan untuk membantu menghasilkan bunyi @ percakapan.
  7. Kanak-kanak hanya mempunyai 20 batang gigi sahaja dan gigi pertama yang akan tumbuh adalah ketika mereka berumur 6 bulan.
4 Jenis gigi manusia
  1. Gigi Seri (Incisors) - Gigi depan berbentuk tirus dan tajam yang berfungsi untuk mengigit dan memotong makanan.
  2.  Gigi Taring (Canines) - Gigi runcing dan tajam, digunakan untuk mengoyak makanan.
  3. Gigi Geraham Kecil (Premolar) - Gigi yang lebar, digunakan untuk menghancurkan makanan
  4. Gigi Geraham Besar (Molar) - Gigi yang lebih lebar dari premolar dengan empat kucup, digunakan untuk menghancur dan menguyah makanan.



Susunan Gigi Manusia


Potongan Gigi Molar




Sekian dulu perkongsian Ilmu, ;) ;) ;)




No comments: