January 18, 2013

LETIHNYAA TAPI BEST...

 Harini adalah antara hari yang memenatkan bagi aku tapi best..hahh..kenapa plak penat tapi BEST kan korang mesti peliks and tetanya-tanyakan..haha..Tahu tak semalam aku langsung x boleh nak tidur sebab terlebih xcited kerana harini aku nak balik kampung..Pagi tadi plak aku ada exam paper BIOGEOGRAFI (arrggghhh mAU pecah kepala menjawabnya tau tapi alhamdulilah selesai juga dan aku harap dapat keputusan yang mengembirakan lah)..Selesai saja aku menjawab exam tersebut aku bergegas pulak pulang ke Hostel untuk check-out..huhh..penat-penat..Jam dua petang aku terus ke Airport T2 Kota Kinabalu..haahh ni laa masa yang aku tunggu2 selama ni..fly bersama AirAsia..haha..Agak Kejakungan sedikitkan kelihatannya tapi hakikatnya aku happy adalah kerana aku dapat balik ke semenanjung,.Dah hampir 5bulan aku tak pulang kot,, tapi nak tahu x.??aku rasa macam dah 10tahun aku x balik..hehehe..


Semasa di dalam kapal terbang aku rasa punya la boring mak ai jela yang tahukan..Kepala pula rasa pening,,Biasa laa aku kan orang kampung, manalah biasa naik kenderaan macam tu selalu,,hehe..Kepeningan aku terubat sedikit apabila aku terlihat seorang gadis berpakaian merah dan berskirt serta berambut kemerah-merahan,,wahhhh gorgeus...huhh..itulah firstime pramugari AirAsia yang agak cantik dan yang penah aku jumpa selama aku naik flight cmpnny tsbut..Sebelum ni lu pikirlaH  sendiri eaa kata encik Nabil aku malas nak berbicara lebih..hahaha(jusT kidding lah weh)..Pada jam 6.30 petang aku sampai di Airport LCCT..Aktiviti yang sama macam aku selalu buat, turun flight ambik beg dan pergi mengeteh (minum2) di cafeteria..Sekarang ni pun aku masih lagi teperangkap disini besama kawan aku..Nak balik pun sure x sempat nak tangkap bas yang di pekeliling tu untuk balik ke TEMERLOH,,,hahh,,Kepala dah semakin diawang-awangan..Masakan mak pun dah agak dapat dicium dari jauh dah,,hakhakhak.,,tak sabAU rasanya nak balik rumah manis aku (sweet home)..hahaha,,Sekian la dulu eaa update untuk kali ni..Doakan aku selamat pulang ke Kampung halaman..Mak..Tunggu adik balik oK,,Esok Insyaallah sampai..BuByE..

SUSU GOODDAY..SEDAP2

mampu lagi tersenyum walaupun agak kepenatan...haha

Minum lah susu GOODDAY..aku beli di airport LCCT tadi..hahaha..jaikun kn..




Kenapa boleh Sakit kepala??



Sakit kepala merupakan salah satu gejala yang mula-mula tercatat dalam sejarah manusia dan merupakan keluhan yang paling sering ditemui. Sakit kepala boleh menyerang seseorang individu secara tidak menentu, iaitu semasa melakukan sesuatu pekerjaan, memandu kereta, membaca buku, apabila bangun dari tidur dan banyak lagi keadaan lain. Otak sendiri tidak sensitif dengan sakit, tetapi struktur lain seperti kulit kepala, otot kepala dan leher, salur darah dan saraf sensitif dengan sakit. Pada umumnya, sakit kepala diketahui boleh dicetuskan atau disebabkan oleh alkohol, kafein yang terdapat di dalam minuman seperti kopi, teh, dan lain serta makanan yang mengandungi bahan nitrat atau glutamate. Selain itu, batuk yang sangat kuat , tekanan jiwa, hormon, stres, pergerakan atau aktiviti fizikal yang keterlaluan dan kurang tidur atau tidur terlalu banyak juga boleh mencetuskan sakit kepala.
            Kekerapan sakit kepala juga berbeza antara individu dengan individu yang lain. Sesetengah individu jarang-jarang mendapat sakit kepala, manakala ada individu yang mendapat sakit kepala secara regular atau berkala seperti wanita semasa haid. Ada individu yang mendapat  sakit kepala berkelompok, iaitu sakit kepala berlaku secara berulang atau episodik dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu. Kemudian sakit kepala ini akan hilang untuk beberapa bulan atau beberapa tahun dan selepas itu akan kembali menyerang.

Ciri-ciri am sakit kepala
            Sakit kepala yang berlaku pada individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Keadaan sakit mungkin berbeza, sama ada berdenyut, berasa tajam atau menikam. Jangka masa sakit juga berbeza sama ada berterusan atau tidak dan ada yang beberapa minit, beberapa jam atau bebarapa hari. Sesetengah lokasi sakit juga berbeza sama ada di bahagian hadapan dahi, di bahagian tepi dahi, dibelakang leher, melibatkan sebelah kepala (unilateral) atau melibatkan kedua-dua belah kepala (bilateral). Keadaan sakit, jangka masa sakit dan tempat atau lokasi sakit boleh membantu doktor mengesahkan atau membuat diagnosis.

Jenis-jenis sakit kepala
Sakit kepala boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: 
a)         Sakit kepala primer (sakit kepala tanpa penyakit lain)
            Sakit kepala primer termasuklah sakit kepala akibat ketegangan (tension headache), sakit kepala berkelompok (cluster) dan migrain. Jenis sakit kepala yang utama yang kerap ialah sakit kepala akibat ketegangan migrain, sakit kepala berkelompok yang juga dikenal sebagai sindrom sendi temporomandibel dan sakit kepala resdung. Sebanyak 90% daripada keseluruhan sakit kepala ialah sakit kepala akibat ketegangan dan migrain. Berlakunya sakit kepala jenis ini disebabkan oleh kontraksi otot, iaitu otot mengecut (sakit kepala akibat ketengangan), gangguan vaskular iaitu salur darah (migrian dan sakit kepala berkelompok)  atau kombinasinya.
b)         Sakit kepala sekunder ( sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit lain ).
            Sakit kepala sekunder boleh diakibatkan  oleh pelbagai penyakit yang serius dan yang tidak seruis seperti resdung, infeksi selaput otak (meningitis), infeksi otak, aneurisma (pembengkakan atau pengembangan satu kawasan pada salur darah), kecederaan kepala, kanser otak, penyakit sendi tengkuk atau rahang dan kesan sampingan sesetengah ubat. Walaupun ramai orang bimbang tentang sakit kepala yang dihadapi  mungkin akibat kanser otak , aneurisme, infeksi otak dan lain-lain, tetapi jarang-jarang sekali sakit kepala berlaku akibat gejala tunggal, biasanya terdapat gejala-gejala lain yang mengiringi sakit kepala tersebut.


2.0       Sakit Kepala Akibat Ketegangan
Pengenalan
            Sakit kepala akibat ketegangan merupakan contoh terbaik bagi menggambarkan sakit kepala biasa yang mungkin berkaitan ataupun tidak dengan tekanan psikososial. Sakit kepala akibat ketegangan juga dikenali sebagai sakit kepala konstraksi (pengecutan) otot. Ia bermaksud sakit kepala yang disebabkan oleh ketegangan otot akibat tekanan (stres) emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala jenis ini adalah jenis yang paling lumrah berlaku dan lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki. Sakit kepala jenis ini boleh berlaku  sebagai satu kejadian tunggal atau berulang dan boleh menjadi kronik sehingga berlaku sebanyak dua kali atau lebih setiap minggu untuk beberapa bulan atau tahun lamanya. Sakit kepala jenis ini juga dikenal sebagai sakit kepala benigna (sakit kepala yang tidak ada penyebab yang seruis).


Gejala
            Keadaan sakit yang dirasai akibat sakit kepala jenis ini seolah-olah seperti terdapat benda berat yang menekan kepala. Keadaan ini diiringi oleh sakit pada kulit kepala, terutamanya dibahagian lilitan kepala yang terasa ketat serta leher dan bahu. Semua bahagian yang mengalami sakit juga mengalami konstraksi otot. Lebih khusus lagi, sakit kepala akibat ketegangan dirasai seperti satu tekanan atau sesuatu yang mencengkam dililitan kepala.
Sakit kepala jenis ini jarang-jarang berdenyut dan tidak disertai demam ( yang membantu membezakannya daripada sakit kepala akibat demam). Serangan sakit kepala jenis ini bermula pada bila-bila masa. Ia boleh berlaku dengan satu serangan sahaja atau terjadi secara berterusan. Ia boleh juga berlaku pada setiap hari dengan masa kelegaan yang pendek antara setiap serangan. 


Punca
            Sakit kepala akibat ketegangan berpunca daripada kontraksi berpanjangan otot leher, kulit kepala atau bahu. Kemungkinan besar kontraksi otot ini terjadi akibat tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sebarang aktiviti yang menyebabkan kepala berada dalam satu posisi untuk masa yang lama juga boleh menyebabkan sakit kepala jenis ini seperti menaip atau menggunakan komputer, kerja seni tangan atau menggunakan mikroskop terlalu lama. Tidur di dalam bilik yang terlalu sejuk atau tidur dengan kepala dalam posisi tidak normal juga boleh menyebabkan sakit kepala jenis ini. Faktor-faktor lain termasuklah mata letih, minum alkohol, merokok berlebihan, minum minuman berkafein berlebihan, sinusitis (resdung), hidung tersumbat, jangkitan virus influenza atau selesema atau jangkitan kuman lain di salur pernafasan. Sakit kepala jenis ini juga disebabkan oleh bunyi bising dan asap kenderaan yang keterlaluan.  


Perubahan yang berlaku pada proses dalaman tubuh badan.
            Pada pesakit ini terdapat ketidaknormalan neurotransmitter (bahan kimia otak) yang dikenal sebagai 5-hidroksitriptamin (5-HT) di dalam cecair yang terdapat di dalam otak dan tulang belakang. Cecair ini juga dikenali sebagai cecair serebrospina. Sakit kepala yang disebabkan oleh pengurangan 5-HT ini mengurangkan ambang sakit dan mempengaruhi reaksi pesakit terhadap rasa sakit. Di samping mengurangkan bekalan oksigen ke otak, pengurangan aliran darah juga boleh menyebabkan penimbunan bahan toksin yang mengakibatkan rasa sakit.


Diagnosis
Seseorang itu boleh didiagnosis sebagai sakit kepala akibat ketegangan jika dia mempunyai dua daripada cirri berikut: 

a)           Sakit seperti mencengkam di lilitan kepala dan tidak berdenyut dan tahap keterukannya ringan sehingga sederhana. 

b)           Sakit melibatkan kedua-dua bahagian tepi kepala atau bilateral dan sakit tidak bertambah teruk dengan aktiviti fizikal. Pesakit juga tidak berasa loya atau muntah atau fotofobia iaitu tidak tahan melihat cahaya dan fonofobia iaitu tidak tahan dengan bunyi.
       Diagnosis sakit kepala akibat ketegangan adalah bersandarkan riwayat penyakit, termasuk cara sakit kepala bermula iaitu sama ada secara beransur-ansur atau berkaitan dengan stress. Lokasi sakit juga dapat membantu diagnosis. Pesakit menggambarkan kesakitanya sebagai perasaan ketat seperti kena tekan. Pesakit mengadu kulit kepalanya lembut, otot lehernya kaku dan rasa tidak selesa di bahagian rahang. Berbeza daripada migrain, sakit kepala akibat ketegangan tidak mempunyai cirri-ciri prodrom (gejala yang mendahului sakit kepala) dan gejala gastrousus.

Rawatan
               Rawatan sakit kepala akibat ketegangan ditumpukan kepada rawatan untuk melegakan dan mencegah sakit kepala daripada berulang. Pencegahan merupakan rawatan terbaik iaitu menyingkir atau mengawal faktor penyebab.
Rawatan tanpa ubat atau strategi lain ialah:
a)      Pesakit digalakkan belajar dan melatih diri dalam pengurusan stres. Istirehat melalui renungan pesekitaran atau benda-benda hijau boleh membantu sesetengah pesakit.
b)      Elakkan berada dalam keadaan sejuk jika sakit kepala tercetus apabila berada dalam keadaan tersebut.
c)      Gunakan bantal yang boleh menyandang leher sewaktu tidur.
d)     Cuba supaya berada dalam keadaan yang selesa apabila membaca, bekerja atau terlibat dalam aktiviti yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti menaip atau menggunakan komputer.
e)      Pastikan anda tidak berada dalam satu posisi untuk jangka masa yang lama iaitu melebihi setengah jam. Jika anda perlu meneruskan kerja anda harus menghentikan kerja buat sementara waktu dan lakukan senaman leher dan bahu untuk satu minit atau dua minit. Jika mata anda terasa letih, terutamanya apabila berhadapan dengan komputer, anda harus melatih diri supaya menutup mata anda atau mengalihkan renungan anda supaya dapat merehatkan mata.
f)       Tidur dan rehat yang cukup atau mengurut otot (secara sederhana) yang sakit boleh membantu mengurangkan sakit kepala.

3.0     Sakit Kepala Berkelompok

Pengenalan

            Sakit kepala berkelompok (cluster) selalunya melibatkan sebelah kepala atau unilateral. Ia dikenal sebagai berkelompok kerana berlaku secara kelompok, setiap kelompok serangan berlangsung untuk beberapa hari, minggu atau bulan. Berbeza daripada migrain, sakit kepala berkelompok lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding wanita, biasanya  di kalangan lelaki berusia 30-an atau 40 an. Ia juga dikenal sebagai sakit kepala histamin atau neuralgia migrainus tetapi bukan sejenis migrain.

Gejala sakit kepala berkelompok

            Sakit kepala jenis ini dicirikan dengan rasa sakit seperti terbakar dan menggerudi. Keamatan sakitnya adalah kuat dan berterusan. Sakit dirasai di sekeliling mata dan sebahagian muka, dahi atau bahagian tepi kepala pada sebelah yang sama dengan mata yang sakit. Mata yang terlibat menjadi merah, berair dan kelopak mata bengkak. Hidung boleh tersumbat dan mungkin juga terdapat lelehan air daripada hidung (rinorea). Ciri-ciri lain yang mengiringi sakit kepala berkelompok ialah anak mata mengecil, kelopak mata kelihatan separuh tutup dan muka menjadi merah.
            Sakit kepala jenis berlaku secara tiba-tiba dan rasa sakit menjadi teruk dengan cepat, iaitu dalam masa 5 minit hingga 10 minit dan memuncak untuk 30 minit hingga 2 jam atau 3 jam bergantung kepada individu. Apabila mengalami kesakitan, pesakit berasa resah, tidak boleh duduk diam, malah perlu bergerak. Berbeza dengan migrain, sakit kepala berkelompok ada kaitan dengan sesuatu perasaan/keadaan yang dialami sebelum serangan sakit kepala berlaku seperti berasa mual dan muntah.

 

Punca sakit kepala berkelompok

            Penyebab sebenar seseorang itu mendapat sakit kepala berkelompak tidak diketahui. Walau bagaimanapun, beberapa perkara atau keadaan yang dialami oleh seseorang telah dikenal pasti atau diimplikasi sebagai faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala berkelompok. Alkohol merupakan faktor penyebab paling dikenal pasti, tetapi tidak semua individu yang meminum alcohol akan mendapat sakit kepala berkelompok. Faktor lain yang boleh menjadi penyebab ialah stres, pendedahan luar biasa kepada suasana panas atau sejuk, sinaran terang pada mata dan beberapa jenis makanan seperti coklat, telur dan hasil tenusu.

Perubahan yang berlaku pada proses dalaman tubuh badan.
            Ia diketahui melibatkan rangsangan satu bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus, seterusnya rangsangan saraf trigeminal iaitu saraf utama muka dan system saraf yang dikenal sebagai parasimpatetik. Ada juga yang menyatakan bahaea sakit kepala berkelompok berlaku akibat perubahan pada pembuluh darah atau salur darah. Pembebasan histamin dari tisu tubuh serta bahan kimia otak iaitu 5-hidroksitriptamin mempengaruhi salur darah.

Rawatan sakit kepala berkelompok

            Sumatriptan ialah ubat yang paling berkesan melagakan sakit kepala. Penyedutan 100% oksigen juga berkesan untuk melegakan sakit kepala berkelompok pada sesetengah pesakit. Kombinasi pelbagai ubat termasuk Ergotamine mungkin diperlukan untuk mengawal gejala sakit kepala berkelompok. Respons pesakit terhadap ubat juga boleh berubah setiap masa, jadi pengambilan ubat yang berkesan atau kombinasi ubat sebelum ini mungkin tidak mempunyai kesan yang sama. Terdapat pelbagai ubat lain seperti pranolol, Amitriptyline dan kumpulan ubat yang menyekat terusan kalsium merupakan antara ubat yang boleh mencegah serangan sakit kepala berkelompok. Ubat tersebut tidak boleh diambil  tanpa arahan doktor kerana jika pengambilanya tidak diawasi, ia boleh menimbulkan kesan sampingan yang teruk.
            Ubat steroid seperti Prednisone boleh memberi kelegaan sementara bagi sesetengah pesakit, tetapi pesakit tidak digalakkan sama sekali menggunakannya tanpa arahan doktor  kerana doktor memantau keberkesanan dan kesan sampingan ubat-ubat tersebut.
            Tabiat merokok dan meminum  alcohol patut dielakkan untuk mengurangkan atau menghalang sakit kepala berkelompok. Catatan diari tentang sakit kepala mungkin membantu untuk mengenal pasti faktor yang mencetuskan sakit kepala berkelompok.    


4.0            Migrain

Pengenalan

            Migrain ialah sakit kepala vaskular iaitu sakit kepala akibat perubahan bentuk salur darah (mengecut dan mengembang) di otak. Terdapat dua jenis migrain iaitu migrain lumrah dan migrain klasik. Migrain lumrah lebih sering ditemui berbanding migrain klasik (10%). Migrain klasik didahului dengan gejala prodrom sebelum sakit kepala, manakala migrain lumrah tidak didahului oleh gejala prodrom. Migrain berlaku lebih pada wanita berbanding lelaki. Walaupun migrain boleh bermula pada semua peringkat umur, namun  kebanyakkan pesakit mendapat migrain pada usia remaja. Serangan migrain paling kerap berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 35 tahun dan 45 tahun. Kebanyakan pesakit migrain mempunyai ahli keluarga yang juga mengalami migrain iaitu sejarah keluarga yang positif mendapat migrain.

Gejala migrain

            Biasanya migrain melibatkan sebelah kepala (unilateral) tetapi boleh juga melibatkan kedua-dua belah kepala (bilateral). Sakit yang dirasai adalah berdenyut-denyut. Gejala prodrom yang mendahului migrain dikenal sebagai aura. Aura yang biasanya berlangsung selama 10 minit hingga 30 minit sebelum sakit kepala boleh menjadi petanda kepada pesakit bahawa beliau akan mengalami serangan migrain. Aura biasanya berkaitan dengan gangguan penglihatan yang melibatkan sebelah mata atau kedua-dua belah mata. Gangguan penglihatan ini mengakibatkan pesakit ternampak cahaya yang terang yang bersinar (garisan zigzag) dan benda-benda lain sebenarnya tidak wujud.           
            Pesakit migrain berasa kepala berdenyut-denyut yang mungkin berlanjutan selama satu jam hingga 72 jam. Sakit mulai dirasai saecara beransur-ansur di bahagian depan atau tepi kepala, sekeliling mata, sekitar telinga dan rahang. Keamatan sakitnya adalah kuat dan boleh diiringi dengan gejala lain seperti sukar bercakap, tangan dan kaki berasa kebas atau lemah,sukar bergerak atau berjalan dengan betul.Pesakit juga akan mengalami gejala seolah-olah bilik atau dirinya berpusing,bunyi berdesing di dalam telinga, hilang selera makan, rasa loya atau muntah, badan berpeluh-peluh dan berasa latih.


Punca
            Kebanyakan pesakit migrain mempunyai ahli keluarga yang mengidap migrain.Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu mendapat migrain adalah disebabkan oleh faktor ginetik atau baka.Beberapa faktor yang dikenal pasti yang menyebabkan migrain :
a)      Emosi atau stress-tekanan emosi merupakan faktor yang sering mencetuskan migrain. Semasa tekanan emosi, bahan kimia tertentu dibebaskan di otak untuk membantu individu menangani stres.
b)      Kafein - meminum kopi atau minuman lain secara berlebihan atau menghentikan minuman ini dengan tiba-tiba boleh menyebabkan migrain apabila aras kefain di dalam darah menurun. Sakit kepala yang terjadi akibat ketiadaan bahan kafein hanya sementara. Sebaliknya, kafein yang terdapat dalam ubat bersama-sama ubat lain boleh melegakan migrain pada pesakit migrain yang tidak minum minuman berkafein secara tidak berlebihan atau tidak minum minuman berkafein sama sekali.
c)      Bahan kimia tertentu dalam makanan dan minuman - Minuman seperti alkohol,  makanan yang mengandungi teramin (keju), bahan hasil tenusu lain, mentega kacang, vanilla, coklat, kacang tanah, tapai dan buah-buahan (avocado, pisang, dan jenis sitrus seperti limau). Makanan yang mengandungi nitrak seperti daging babi, daging salar, sosej panas, daging awet dan makanan yang mengandungi monosodium glutama (bahan yang biasa ditambahkan kepada makanan yang meningkatkan perisa atau kelazatan makanan).
d)     Persekitaran - Cahaya terang, lampu berkelip-kelip, bunyi bising, asap (tembakau, kereta , kilang ) dan perubahan cuaca.
e)      Faktor lain - Merokok, aras gula darah rendah, haid , pil perancangan keluarga dan tidak cukup tidur.


Perubahan yang berlaku dalaman tubuh badan.
            Migrain boleh berlaku apabila salur darah di bahagian luar tengkorak (muka, kulit kepala, leher) dan di bahagian dalam tengkorak (di permukaan otak,meninges iaitu lapisan otak) mengalami perubahan iaitu mengembang dan mengecut.Apabila salur darah mengecut,aliran darah akan berkurangan dan ini mengakibatkan gangguan atau aura. Kekurangan aliran darah ke otak akan menyebabkan gangguan penglihatan,pendengaran atau pertuturan yang boleh berlaku semasa aura. Kemungkinan sejenis bahan kimia otak iaitu 5-hidroksitriptamin (5-HT) yang menyebabkan salur darah mengecut. Perkembangan salur darah ini akan menyebabkan saraf yang terdapat di permukaan luarnya tertarik dan menjadi tegang. Keadaan ini telah menyebabkan sakit kepala yang berdeyut-deyut.

Rawatan migrain.

Apa yang anda boleh lakukan

            Satu cara yang berkesan dan praktik untuk merawat migrain ialah pesakit sendiri mengubah cara hidupnya serta mengelakkan semua faktor yang boleh mencetuskan migrain. Jika anda mengesyaki bahawa kafein adalah antara penyebab migrain anda, anda haruslan berusaha untuk berhenti mengambil minumam tersebut secara beransur-ansur, pemberhentian secara serta merta boleh mencetuskan serangan migrain.
Anda harus meneliti perkara yang boleh menyebabkan stres pada diri anda supaya anda boleh menyelesaikannya. Cara menangani stres termasuklah senaman, rehat yang cukup, pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.  Pada sesetengah individu, migrain berlaku disebabkan oleh lambat makan atau mengelakkan makan. Hal ini dapat di atasi dengan memastikan waktu makan secara tetap dan teratur. Rawatan ditumpukan pada pengawalan atau meredakan gejala yang dialami dan juga untuk mencegah serangan migrain daripada berulang.

Rawatan untuk melegakan sakit

            Beberapa ubat boleh digunakan untuk melegakan migrain. Respons pesakit  terhadap ubat mungin berbeza. Walau bagaimanapun, jika pesakit mendapati bahawa sesuatu ubat itu berkesan melegakan  migrain, maka ubat itu patut dicuba dahulu sebelum mencuba yang lain. Analgesik ringan seperti Paracetamol boleh mengurangkan sakit, jika diambil awal sebelum sakit menjadi teruk. Jika Paracetamol tidak berkesan, gunakan ubat   lain yang mungkin dapat membantu mencegah dan menghilangkan rasa sakit. Antara ubat-ubat lain yang dibenarkan untuk sakit magrain iaiah kortikosteroid (Prednisolone), Sumatriptan, Ergotamine tartrate, Cafergot, Ergonavine maleate dan Propoxyphene.

Rawatan untuk mencegah serangan

            Sekranya serangan migrain yang dialami lebih daripada sekali sebulan, rawatan untuk mencegah serangan tersebut amat diperlukan. Antara ubat yang boleh mencegah serangan migrain termasuklah Propranolol, Amitriptyline, ubat kumpulan antiinflamasi bukan steroid seperti Naproxen dan ubat kumpulan penyekat terusan kalsium sperti Verapamil. Ubatubat tersebut memerlukan preskripsi doktor, tidak boleh diambil tanpa nasihatdoktor. Pesakit mungkin perlu mencuba rawatan dengan beberapa ubat sebelum ubat yang berkesan untuk marwat atau mencegah migrain ditemui.


5.0            Migrain Okular

Pengenalan

            Selain migrain jenis lumrah atau klasik, terdapat satu lagi jenis migrain yang dikenal sbagai migrain okular  atau migrain oftalmoplegia iaitu migrain yang khusus melibatkan mata. Keadaan ini juga disebabkan oleh pengecutan salur darah yang mengalirkan darah ke bahagian otak yang mengawal penglihatan atau pengecutan salur darah otak mata. Migrain jenis ini jarang-jarang berlaku berbanding jenis lain dan ia terjadi akibat kelemahan fungsi saraf mata.

Gejala migrain okular

            Migrain okular bermula dengan gangguan penglihatan seperti diplopia (melihat satu objek dalam gandaan dua), halusinasi (melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud seperti melihat sinaran lampu atau cahaya bengkang-bengkok (zigzag) yang terang). Gangguan sedemikian menjejaskan penglihatan pesakit. Gangguan penglihatan ini biasanya berlangsung untuk beberapa minit. Rehat di dalam bilik yang gelap boleh membantu melagakan gejala yang biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa ubat dalam masa 1 jam. Pesakit sering berasa letih selepas serangan tersebut berakhir. Kadangkala selepas gejala gangguan penglihatan hilang, sesetengah pesakit boleh mengalami sakit kepala migrain.

Punca migrain okular
Penyebab sebenar migrain okular tidak diketahui, tetapi pelbagai faktor yang menyebabkan migrain klasik juga boleh menyebabkan migrain okular. Antara faktor tersebut ialah stress, perubahan hormon sebelum haid, alcohol dan pil kontraseptif (pil perancang keluarga). Aras gula darah yang rendah seperti seseorang lambat makan atau deit boleh menyebabkan sakit migrian okular. Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan migrain okular ialah aneurisma iaitu pengembangan satu kawasan pada salur darah. Aneurisma yang terjadi pada salur darah besar di leher iaitu salur darah karotid interna boleh menyebabkan migrain okular.   

Rawatan migrain okular

Bagi menguruskan migrain, perkara yang berikut mesti dilakuakn:-
  • mengelakkan sebarang faktor penyebab,
  • rawatan profilaksis (mencegah penyakit) atau
  • rawatan gejala (jika perlu).
Semasa serangan akut, ramai pesakit mendapati bahawa rehat di dalam bilik yang
sunyi dan gelap sehingga gejala berkurangan dapat membantu melegakan sakit. Analgesik ringan (Paracetamol atau Aspirin) biasanya berkesan untuk merawat migrain okular tetapi kadangkala ia memerlukan rawatan dengan ubat lain. Kombinasi khusus Cafergot dan Ergotamine tartrate kerap membantu. Ergotamine telah digunakan secara efektif untuk merawat migrain okular akut. Kadang-kadang ubat analgesik juga digunakan bersama-sama Ergotamine. Ubat lain yang boleh diberikan oleh doktor ialah Sumatriptan. Jika migrain berlaku lebih daripada 2 adatu 3 kali sebulan, rawatan profilaksis mungkin diperlukan. Ubat yang boleh digunakan dalam rawatan proflaksis ini termasuklah Aspirin, Propranolol atau Amitriptyline.


6.0            Sakit Kepala Resdung

Pengenalan

            Sakit kepala resdung terjadi akibat keradangan sinus apabila infeksi daripada selesmen atau gigi merabak ke rongga tersbut. Keradangan sinus ini dikenal sebagai sinusitis. Sinus ialah rongga udara yang terdapat di beberapa bahagian muka iaitu dahi, belakang hidung dan pipi. Pada orang dewasa, terdapat empat pasang sinus iaitu sinus frontal, sinus etmaod, sinus sphenoid dan sinus maksila.Sinus frontal terletak di belakang mata dan sekiranya resdung melibatkan  sinus ini, sakit akan dirasai di bahagian hadapan dahi. Penglibatan sinus etmoid yang terletak di bahagian belakang hidung menyebabkan sakit dirasai di bahagian antara mata dan belakang mata. Sinus sphenoid pula menyebabkan sakit dirasai di belakang kepala. Sinus maksila yang terletak di bahagian belakang pipi iaitu di bawah mata dan bahagian tepi hidung merupakan sinus yang paling sering terlibat dalam resdung dan sakit akan dirasai pada muka dan pada gigi barisan atas.
 

Gejala sakit kepala resdung

            Sakit kepala merupakan gejala utama pesakit yang didiagnosis sebagai sinusitis. Sinusitis berlaku akibat infeksi pada rongga udara tersebut. Sakit akan lebih dirasai di bahagian muka atau kepala bergantung pada sinus mana yang terlibat. Pada amnya, akibat jangkitan salur pernafasan atas seperti selesmen, kuman boleh merebak menjangkiti sinus. Hal ini mengakibatkan keadaan yang dikenal sebagai sinusitis akut. Penimbunan nanah dan mukus bercampur udara yangtersumbat di dalam rongga sinus  menyebabkan tekanan pada dinding sius yang mengakibatkan sakit. Sakit kepala akibat sinusitis boleh diiringi oleh gejala lain seperti sakit gigi barisan atas, demam, bengkak muka, hidung tersumbat atau lelehan hidung berwarna kuning atau hijau. Keamatan sakit kepala adalah ringa hingga sederhana dan berterusan. Sakit menjadi lebih teruk jika pesakit batuk atau membengkokkan badan ke hadapan dan tunduk. Sakit kepala akibat sinusitus  kronik mungkin mempunyai gejala yang sama seperti jenis akut pada tahap keamatan yang lebih ringa.

Rawatan sakit kepala resdung

            Jika resdung dapat dipulihkan, maka sakit kepala resdung akan dapat dirawat. Rawatan resdung ditumpukan untuk mengurangkan  keradangan dan bengkak sinus serta mengeluarkan nanah dan mucus dari sinus. Berikut diberikan beberapa cara untuk melegakan sakit kepala resdung:-
a)       Sedut wap daripada air panas yang diisikan ke dalam bekas bagi mendapat udara lembap.
b)       Panaskan tuala dengan mengunakan air panas dan letakkannya pada bahagian sakit dan tekan selama tiga minit. Kemudian letakkan tuala lain yang diisikan dengan air batu ke bahagian yang sama dan tekan selama 30 saat. Ulang proses ini sebanyak 3 kali dan lakukannya 3 hingga 3 kali sehari.
c)       Pesakit boleh mencuba analgesik seperti Paracetamol, Aspirin dan ubat lain kumpulan Aspirin untuk melegakan sakit.
Sinustis kronik biasanya dirawat dengan ubat steroid dalam sediaan semburan
hidung. Tujuan rawatan dengan steroid adalah untuk meredakan bengkak hidung dan keradangan sinus. Pembedahan yang paling biasa ialah pembedahan endoskopik iaitu pembedahan yang bertujuan untuk membesarkan pembukaan sinus supaya nanh dan lendir dapat mengalir keluar secara berkesan. Pada amnya, untuk mengelakkan keadaan pesakit resdung kronik supaya tidak mlebih teruk, pesakit harus mengelakkan perkara atau aktiviti berikut:-
a)      Merokok
b)      Pendedahan kepada asap rokok perokok lain
c)      Berada di luar yang terdapat banyak benda alah di udara
d)     Membenamkan kepala semasa berenang di dalam kolam renang berklorin serta selam skuba (scuba diving).


7.0            Jenis Sakit Kepala Yang Lain

Sakit kepala arteritis temporal
            Arteritis temporal merupakan keadaan keradangan atau inflamasi salur darah kepala, mata dan saraf optik. Pesakit arteritis temporal biasanya mengalami gangguan penglihatan. Gangguan ini melibatkan sebelah mata dahulu tatapi boleh melibatka ebelah mata lagi sekiranya keadaan tersebut tidak dirawat. Selain gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda dan penglihatan kabur sementara, gejala lain yang dialami ialah sakit kepala termasuk nyeri di kulit kepala, sakit di bahagian tepi dahi, sakit tengkuk, sakit rahang teruatamanyaapabila mengunyah dan kelopak mata menjadi layu. Pesakit juga boleh demam, hilang selera makan, mengalami kemurungan dan kelesuan. Pesakit arteritis ini biasanya memerlukan rawatan dengan steroid untuk mengurangkan atau meredakan keradangan atau inflamasi.

Sakit kepala akibat tekanan darah tingi
            Biasanya tekanan darah tinggi atau hipertensi tidak menyebabkan sakit kepala kecuali apabila tekanan darah sangat tinggi, misalnya tekanan darah diastolik melebih 10 mm Hg. Sakit kepala yang dirasai adalah berdenyut-denyut di bahagian kepala dan lebih sering berlaku apabila bangun pagi dan menjadi lebih teruk apabila bersenam atau meneran kerana aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah.
           
Diagnosis sakit kepala jenis ini dilakukan dengan memeriksa tekanan darah iaitu tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Tekanan darah normal ialah 120/80 mm Hg (sistolik/diastolik). Tekanan sistolik boleh mempengaruhi oleh aktiviti pergerakan atau keresahan. Darah tinggi biasanya lebih berdasarkan tekanan diastolik.
Sakit kepala akan pulih semula apabila tekanan darah dapat dikawal dengan memakan ubat darah tinggi, mengurangkan garam dalam makanan dan mengurangkan berat badan.

Sakit kepala akibat kanser otak
            Walaupun kanser otak boleh menyebabkan sakit kepala tetapi ia jarang-jarang sekali menjadi penyebab sakit kepala. Namun, pesakit biasanya bimbang  sama ada sakit kepala yang dihidapinya adalah akibat kanser otak atau tidak. Sakit kepala yang berlaku secara tiba-tiba pada pesakit yang tidak pernah mendapat sakit kepala atau terdapat perubahan pada ciri-ciri sakit kepala yang biasa dialaminya, terutama pada pesakit yang berusia melebihi 40 tahun harus diselidiki. Sakit kepala yang berkaitan dengan kanser otak adalah berterusan dan enjadi lebih teruk apabila pesakit batuk, bersin atau meneran kerana semua aktiviti ini boleh meningkatkan lagi tekanan cecair di dalam otak. Sakit kepala akibat kanser otak lebih disyaki sekiranya disertai dengan muntah, penglihatan kabur, pengsan atau menyebabkan pertukaran dalam personality. Keadaan sedemikian boleh disahkan dengan scan otak.  


 Sakit kepala akibat masalah mata
            Masalah mata boleh juga menyebabkan sakit kepala. Biasanya sakit yang dirasai adalah di bahagian atas mata dan sering berlaku pada waktu tengah hari apabila mata letih. Contoh, pessakit yang lebih berisiko mendapat sakit kepala akibat masalah mata ialah pelajar yang suka membaca berterusan untuk masa yang lama teruatamanya jika lampu kurang terang, individu yang terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang hari dan individu yang memandu sepanjang hari. Kemungkinan penglihatan individu kurang jelas dan memerlukan cermin mata atau perlu menukar cermin mata.


Sakit kepala akibat kecederaan kepala
            Kecederaan kepala boleh terjadi akibat kemalangan jalan raya, sukan atau jatuh (biasanya pada psakit yang berusia tua). Kecederaan kepala, terutamanya yang disertai dengan hilang kesedaran harus diperiksa oleh doctor. Kadangkala hilang kesedaran tidak berlaku dengan serta-merta. Namun demikian adalah penting untuk anda memerhati gejala yang timbul beberapa jam selepas kecederan berlaku. Gejala yang timbul termasuklah sakit kepala, perturturan yang tidak jelas, keresahan, muntah, bertambah mengantuk, gangguan ingatan dan hilang kesedaran. Sekiranya gejala-gejala tersebut timbul, pesakit perlu berjumpa doctor kerana keadaan ini mungkin disebabakan oleh pendarahan otak atau pembengkakan otak.

Insyaallah,,


#sekian dulu perkongsian kali ini..Tq