January 3, 2013

Genap Sebulan Pemergian arwah

Hari ini 03-01-2013 genap sebulan bapa aku pergi mengadap penciptanya (Allah)..Perasaan sayu dan hiba menahan kesedihan hanyalah allah yang mengetahuinya..Pemergian beliau, telah meninggalkan kesan yang besar di dalam hidup aku..Kini aku telah kehilangan satu suara dan jasad yang dahulunya sering memberikan semangat dan dorongan kepada aku..Aku langsung x menyangka yang beliau akan pergi secepat ini..Jasanya kepada aku langsung aku tidak terbalas lagi..Kejayaan aku ke menara gading kini masih belum selesai..tetapi beliau telah dulu pergi meninggalkan aku..

Beliau antara insan yang telah banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk aku bangkit..Walaupun aku dahulu seorang budak yang lembab tapi dia tetap meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat aku berjaya suatu hari nanti sehinggakan kini aku berjaya melangkah ke menara gading..Bapaku adalah pahlawan bagi aku..Pelbagai pengorbanan telah beliau curahkan kepada aku..Sudah menjadi satu adat di dunia ini kita akan hanya merasa kehilangan dan merasa merhargai seseorang itu setelah ianya benar-benar tiada dihadapan kita..Kepada para pembaca sekalian yang masih mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka dan jagalah mereka seperti mana yang telah mereka jaga kita sewaktu kita kecil dahulu..Balas lah budi baik mereka membesarkan kita yang sehinggakan kita merasakan tak terbalasnya jasa pengorbanan mereka itu kepada kita.. Bagi arwah bapa aku, hanyalah doa yang dapat aku kirimkan..Semoga beliau diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-fattihah..

1 comment:

Anonymous said...

Al-fattihah...