Assalamualaikum dan
selamat sejahtera, harini ada kesempatan untuk saya berceloteh sikit, LISTEN..LISTEN..LISTEN..cewah statement..huh..angkuhnya..hahaha
Ok, penulisan kali ini adalah seratus peratus tertumpu kepada jentera RXZ okay..
Di Malaysia,RX-Z adalah
antara jentera yang paling Popular di kalangan remaja..
jentera ini kerapkali
ditafsir sebagai jentera JAHAT yang memberikan imej agresif dan ganas..
Ngaumannya yang bingit,sesuai dengan pemikiran remaja yang sentiasa
cabar-mencabar,membuatkan ianya kurang disenangi oleh golongan bikers yang
lebih berdisiplin dan tegas..namun begitu jentera ini mendapat nama sebagai
MOST WANTED bukan kerana Kualiti,Tetapi kerana Kuantitinya....Motorsikal RXZ
bejenama YAMAHA bukanlah menjadi satu benda yang asing kepada para remaja...
sejak zaman berzaman lagi ianya sudah menjadi ikutan..Bermula dari tahun 80an
hinggalah ke zaman moden ini.. Ianya tetap menjadi satu tren ikutan kepada para remaja
terutama kepada yang berminat dengan kelajuan..Bagi dunia modifikasi amatur
ianya juga adalah antara mesin ujiikaji yang terbaik untuk menonjolkan bakat
yang ada..Setiap komponen yang terdapat pada motorsikal ini sangat mudah
didapati dipasaran..Motorsikal ini juga telah diberikan sentuhan nafas yang
baru dari masa ke semasa..Bermula dengan RXZ 5-speed,seterusnya kepada RXZ
6-speed millenium @ the boss dan akhirnya kepada RXZ catalyzer 6-speed untuk
yang terakhirnya sebelum motorsikal jenis ini diberhentikan pengeluaranya di Malaysia
pada tahun 2011..
![]() |
pstt.. ni model rxz 5-speed (kira mcam abg long kepada rxz la ni..) |
Mahukan yang lebih
detail bekenaan dengan motorsikal evergreen ini.?? ini naa, Motorsikal ini mula
dikeluarkan pada tahun 1987, Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5
kelajuan dengan brek cakera tidak berlubang. Model ini berkongsi
platform pendahulunya iaitu Yamaha RD125 sejukan cecair. Sebaik sahaja selepas
pelancarannya, model RX-Z menjadi popular di kalangan penunggang muda
terutamanya di Malaysia. Beberapa tahun berikut, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan,
bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan
berlubang.
Sejak itu, reka bentuk
RX-Z tidak berubah sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas
baru, dengan lampu belakang yang menyerupai Yamaha Y125Z. Model RX-Z yang
diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, mengorbankan 1 PS daripada kuasa
maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). Walau bagaimanapun, kilasan maksimum
tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik
berbanding keluaran terdahulu. Beberapa pemilik motosikal RX-Z keluaran
terdahulu mungkin menghadapi masalah semasa memulakan perjalanan kerana enjin
mudah mati apabila penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak dalam gear
satu. Walau bagaimanapun, masalah tersebut telah diselesaikan pada model yang
lebih baru ini.
Di Malaysia, motosikal
RX-Z sering dikaitkan dengan gejala lumba haram Mat Rempit. Oleh itu, banyak
filem Melayu termasuklah Remp-It menggunakan RX-Z dalam filem-filem tersebut
spesifikasi motorsikal
ini adalah seperti berikut :
· Enjin: Enjin 2 lejang 135cc sejukan udara
· Susunan
silinder: Silinder tunggal condong
· Sesaran: 133 cc
· Kuasa kuda: 20 PS (15 kW) @ 8,500 rpm
· Kilasan: 1.85 kgf·m (18.1 N·m) @ 7,500 rpm
· Kelajuan
maksimum: 165 jkm/
· Lubang x lejang: 56.0 x 54.0 mm
· Nisbah mampatan: 7 : 1
· Transmisi: 6 kelajuan
· Klac: Manual berbilang plat, basah
· Jenis kerangka: Tiub keluli tetulang bawah
· Gantungan
hadapan: Telescopik
· Gantungan
belakang: Dua penyerap hentak
· Brek hadapan: Cakera omboh tunggal
· Brek belakang Gelendong
·
Berat kering: 106 kg
· Muatan bahan
api: 13.0 L
Gambar jentera RXZ sajian tontonan kepada anda semua...layennn..
![]() |
ni lerr rxz catalyzer |

![]() |
retro kan.??haha |
sekian laa dulu ea penulisan tentang motor ni,,Esok saya ada paper final Biogeo..hahaha..sempat lagi tulis kot2 dapat kurangkan stress..haha..apa2 pun tq semua..
No comments:
Post a Comment